Bayi baru lahir ditinggalkan di gerai ikan
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di sebuah gerai menjual ikan di Taman Buaya, Jalan Kuala baram, Miri pada pagi semalam.
Bayi seberat 2.9 kilogram itu ditemui pada jam 10 pagi dalam keadaan masih bertali pusat dibungkus dengan kain batik.
Menurut wanita yang menemui bayi itu berkata, sebaik saja dia menemui anak kecil itu, dia terus memaklumkan kepada seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan itu sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, bayi itu telah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut.
Doktor mengesahkan, bayi itu cukup sifat dan sihat walafiat.
Penemuan bayi itu kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan bayi dengan niat membuang bayi.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment