2 tahun try melamar tapi kena reject, lelaki rogol sebelum bakar remaja perempuan


Seorang lelaki ditahan polis kerana didakwa merogol dan membakar remaja wanita selepas mangsa menolak lamaran cintanya. 

Bengang lamaran ditolak beberapa kali dalam tempoh dua tahun, suspek berusia 21 tahun itu pergi ke rumah dan merogol mangsa, dalam kejadian yang berlaku di Suryapet, India.

Suspek kemudian menyimbah kerosin pada badan mangsa yang berusia 17 tahun itu sebelum dibakar. 

Jiran mangsa yang menyedari kebakaran itu segera keluar membantu mangsa dan menghubungi ambulans. Polis berkata, ketika kejadian itu berlaku, mangsa hanya seorang diri di rumah. 

SUspek dipercayai mengheret mangsa keluar dari rumah dan dibawa ke kawasan semak lalu dirogol sebelum dibakar. 

Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan di Warangal, India. Keadaan mangsa dilaporkan stabil meskipun 50 peratus badannya melecur. 

Bapa mangsa memfailkan kes itu ke mahkamah dan mendakwa suspek merogol dan cuba membunuh anaknya. 

Suspek direman untuk siasatan lanjut. 

No comments