Penjual aiskrim meninggal dunia di atas motor ketika mencari nafkah untuk keluarga
Penjual aiskrim, Misyanto, 66, ditemui meninggal dunia di atas motosikalnya yang digunakan untuk menjual aiskrim.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di atas motosikalnya di Jalan Dusun Talunongko, Kecamatan Sumber, Indonesia, kira-kira jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Sumber, Iptu Sono berkata, saksi pertama yang menemui mangsa adalah Suwoco, 41, yang ketika sedang memandu kereta berasa hairan mengapa mangsa menghalang laluan dan tidak bergerak.
Setelah diperiksa, Misyanto langsung tidak memberi sebarang respon dan kepalanya terlentok di bahagian handle, lalu Suwoco menghubungi pihak polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia.
Polis juga memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa yang menolak mayat mangsa dibedah siasat kerana Misyanto sememangnya mempunyai masalah kesihatan.
Jelas keluarganya, Misyanto sebelum ini seringkali mengadu pening kepala dan sesak nafas. Tetapi dia masih nekad untuk keluar menjual aiskrim bagi mencari nafkah untuk menyara keluarganya.
Gambar itu juga viral di media sosial, membuatkan netizen sedih dan bersimpati dengan mangsa.
Sumber: Detik News
Post a Comment