'UMobile no service?' - Pengguna merungut, tiada notis awal mengenai gangguan perkhidmatan


Para pengguna rangkaian telekomunikasi UMobile di seluruh negara meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial berikutan terdapat gangguan perkhidmatan rangkaian itu dilaporkan tergendala sejak tiga jam yang lalu.

Bagaimanapun, UMobile melalui Twitter rasminya menjelaskan pihaknya sedang melakukan kerja-kerja peningkatan rangkaian. 

"Pelanggan yang dihormati, kami sedang menghadapi gangguan perkhidmatan di seluruh negara berikutan kerja-kerja peningkatan rangkaian. 

"Kami sedang berusaha untuk menangani isu-isu tersebut dan rangkaian dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam ini. 

"Maaf di atas kesulitan yang berlaku." 



Sementara itu, netizen kesal gangguan perkhidmatan itu berlaku dan pelanggan juga tidak menerima sebarang notis awal mengenai pemasalahan tersebut. 

"UMobile need to apologize to their customers for not giving a short notice about today's problem. It's not funny to be unconnected for more than an hour," tweet JonaJ @Najwanx. 






No comments