'Ikan hanyir, kuah rasa mcm jilaker' - Anak terkilan, kedai makan ayahnya dihina pelanggan biadap
Sudah menjadi kebiasaan pelanggan memberi kritik positif atau negatif terhadap produk makanan peniaga sama ada secara lisan atau secara online. Tetapi kata orang, mengkritik itu biarlah beradab dan bukannya berniat menjatuhkan perniagaan orang.
Luahan anak peniaga ini membuatkan hati rasa terkilan apabila ada seorang pelanggan ini memilih untuk memberi kritikan negatif berbaur penghinaan terhadap perniagaan ikan bakar keluarga ini.
GUYS, aku nak cerita pasal mungkin jutawan kosmetik, mungkin korang kenal atau sebaliknya. Produk dia lancarkan yang nama 'Jenama Sendiri'. Boleh cari di Instagram atau Facebook. Aku percaya kuasa viral boleh selamatkan segelintir rakyat Malaysia.
Ayah aku bukan orang senang. Kami nak naikkan kedai ayah aku ini sangatlah susah dengan keadaan ekonomi sekarang. Semua orang cari makan. Ada jatuh, ada naik tapi tak perlu nak menjatuhkan rezeki orang lain.
Aku tak marah pada sesetengah pihak yang buat food review. Kami terima seadanya. Hak untuk complaint memang ada. For me, complaint untuk memperbaiki masakan kedai tersebut, bukan untuk menjatuhkan. Kita sama-sama Melayu.
But this guy is too much. Aku ambil order dia makan, orang yang baik, segak dan tampan 100 peratus. Tetapi sayang, itu semua hanya depan aku.
Aku jarang nak salahkan orang complaint sebab diorang ada hak. Tapi kali ini aku rasa aku boleh selamatkan orang yang berniaga dari insan ini.
Kedai aku kedai ikan bakar, D'Anjung Ikan Bakar yang terletak di Anjung Batu Melaka. Yang tahu dan pernah datang itu, tahulah masakan kami.
Aku rasa aku perlu viralkan sampai tuan empunya badan sendiri tengok. Aku ada hari boleh menangis tengok ayah aku hari-hari pergi pasar. Cuba untuk naikkan kedai ini, banyak dugaan. Tapi untuk hidup aku faham dan kitorang adik beradik selalu support.
Complaint aku boleh terima tetapi dengan makian dan cacian, sorry, it's too much. Aku terkejut, terfikir tentang parents aku. Kalau semua kedai dia pergi tak kena dengan selera dia, mahu semua kedai dia maki. Mungkin semua orang tak mampu bersuara.
Mana yang parents dia berniaga, dia akan tahu perasaan ini macam mana. Tak perlu maki dengan cacian. Aku susah tak apa tapi please jangan buat kat parent aku. Aku minta korang retweet benda ni sampai viral dan sampai tuan empunya complaint ini baca. Dia bukan siapa-siapa bagi aku.
Aku berani untuk berdiri demi ayah aku. Please guys, tolong viralkan. Kena kat aku tak apa. Aku pasti dia berani sebab tiada orang yang tentang dia. Selebriti? I really don't care. Melayu sama Melayu macam ni, tak sangka.
Aku tak ada niat nak menjatuhkan bisnes kosmetik kau bro. Tapi aku nak selamatkan orang lain dari kena tempias dari kau punya perangai. Aku tak pernah cuba kosmetik kau tapi bagi aku mungkin perfect. Congrates!
Aku dengan pihak keluarga tidak pernah malu dengan complaint yang diberi sebab regular customer dan orang yang pernah datang tahu macam mana masakan kitorang. Mungkin ada kesilapan sampai dia complaint macam tu. Tapi aku pelik, makan habis beb. Licin.
Dia dah delete gambar makanan licin dan mungkin mula sedar tapi masih biadab bagi aku.
Selepas delete gambar makanan licin, dia block comment member aku. Berani kerana benar bro. Aku masih respect dia sebagai customer. Both comment dah disekat.
Kami sekeluarga ucap terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral. Sebelum ini kalau buat complaint, memang kami akan pertimbangkan dan akan bagi diskaun. Kami jaga customer 100 peratus sebab customer always right bagi kami.
Hari ini (23 Mac 2019) birthday ayah aku dan dia beritahu kat anak-anak dia, mungkin ini hadiah harijadi dia. Dia minta maaf sebab sampai jadi macam ni dan anak-anak kena tempias. Nak menitis air mata aku. Dad, 1 Malaysia support you. Keep fighting and all the best. Kami ada beradik support.
Sumber: Faris Muhammad
Post a Comment