'Adik aku patah tulang, skru kena beli sendiri, tup-tup lulus projek bikin airport RM1.6 juta, rasa nak jotos kepala diorang'
Menurut tweetnya, kerajaan sudah miskin. Tetapi dia menjadi geram apabila kerajaan mampu meluluskan projek pembinaan lapangan terbang yang menelan belanja RM1.6 juta.
"Adik aku patah tulang. Skru kena beli sendiri, baru doktor buat pembedahan. Katanya, hospital hanya beri servis sahaja, spare part kena beli sendiri. Government dah miskin.
"Tup tup, lulus projek bikin airport RM1.6 bilion. Geram je aku. Rasa nak jotos kepala diorang ni satu-satu," demikian tweet lelaki terbabit.
Adik aku patah tulang, skru kena beli sendiri baru dokter buat pembedahan.— Jimbo (@Jimbotiram) March 20, 2019
Katanya hospital hanya beri sevis shj, spare part kena beli sendiri. Gvt dh miskin.
Tup tup, lulus projek bikin airport 1.6 bilion. Geram je aku. Rasa nak jotos kepala diorang ni satu satu.. https://t.co/7Juro1j9nT
Bagaimanapun, netizen kepadanya bahawa perkara itu (pembelian skru) tiada kaitan dengan kerajaan zalim atau yang sewaktu dengannya kerana sememangnya sejak dari dulu lagi ianya telah ditetapkan seperti itu.
Malah kata netizen, sekiranya pesakit atau ahli keluarganya tidak mampu membeli besi ekoran kosnya yang mahal, mereka boleh mendapatkan surat daripada doktor dan mencari bantuan dari Jabatan Kebajikan, Baitulmal dan lain-lain.
Ini tiada kaitan dengan polisi kerajaan yang zalim atau pentingkan diri. Sememang dari dahulu keperluan yang tidak dibekalkan oleh hospital awam, individu perlu beli sendiri. Jika tidak mampu, dapatkan surat dari doktor, cari bantuan dari jab kebajikan, baitulmal dll.— FAIRUL AMIR (@rafiquehamzah) March 20, 2019
2014 my mum patah kaki kena pasang plate besi. Pun kena beli sendiri plate nya dalam 2k sebab plate tu dari vendor swasta. Tapi kos operation 3 kali lepas tu lebih 10k subsidized by Gov. Sama je keadaan masa mana2 kerajaan perintah. Memang benda yang biasa.— sym accidentally (@symtwittt) March 20, 2019
2014 husb accident - Hosp Serdang, besi memang kena bayar sendiri. Takde maknanya kerajaan miskin ke bankrup ke, ini benda dah lama😆🤣— Nurul (@nuruljuhari) March 20, 2019
Brader, sesekali bercampur dengan masyarakat. Bukan dengan katak semata² bawah tempurung. Kaki aku patah tahun 2003 pun aku kena beli besi tu sendiri bro. Sila jotos kepala anda sendiri dengan segala hormatnya.— Pensilpatah Amin (@pensilpatah) March 20, 2019
Setelah tweet itu mendapat banyak maklum balas dari netizen, lelaki berkenan tampil menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mempolitik isu tersebut dan sedar bahawa keperluan alatan bedah dibeli sendiri sejak dari dulu lagi. Tetapi dia hanya sekadar memberi pandangan di mana hal-hal berkaitan kesihatan atau kebajikan perlu diutamakan oleh kerajaan.
Tiada niat utk saya utk sentuh politik dalam isu ini. Saya tahu keperluan alatan bedah kena beli sendiri mmg sejak dari dulu.— Jimbo (@Jimbotiram) March 22, 2019
Saya tuit utk beri pandangan tentang keutamaan dan keperluan yg lebih kritikal dalam hal kebajikan kesihatan yang patut gvt dahulukan.
Jika dari dulu kena beli sendiri, jadi sampai bila bila pun kita kena beli sendiri?— Jimbo (@Jimbotiram) March 22, 2019
Negara maju, airport cantik, kereta terbang tapi bila org miskin eksiden kelam kabut pinjam duit untuk beli skru bagi kat dokter pasang kat kaki.
Salahkah saya bersuara untuk adik saya dapat percuma semuanya? Kerna rata rata yang KEMALANGAN yang berada di hospital kerajaan adalah gol pendapatan rendah dan tidada insuran.— Jimbo (@Jimbotiram) March 22, 2019
:)
Sumber: @Jimbotiram
Post a Comment