5 remaja didakwa liwat, rogol pelajar perempuan Tingkatan 3
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diliwat dan dirogol lima remaja lelaki termasuk tiga di bawah umur dalam kejadian Oktober tahun lalu hingga awal bulan ini, lapor Sinar Harian.
Kesemua tertuduh yang didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Hairie Hazalin, 20, didakwa telah memasukkan zakar ke dalam dubur mangsa pada 3 Oktober 2018 di sebuah rumah di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai, jam 1.40 petang.
Zarin Mohd Zin, 19, pula didakwa merogol mangsa di lokasi yang sama pada jam 3 petang, 3 Mac lalu.
Mohamad Hairie didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Zarin didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Sabiq Mohd Subri.
Hakim Jailani Rahman menetapkan jimanan RM20,000 terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin.
Sementara itu, tiga lagi tertuduh berusia 16 hingga 17 tahun yang juga rakan kepada dua tertuduh lain didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan meliwat dan merogol mangsa.
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurashidah A. Rahman.
Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh dan kes akan disebut semula pada 30 April depan.
Media sebelum ini melaporkan seorang ibu membuat laporan polis selepas menemui kesan 'love bite' pada leher anak perempuannya yang membawa kepada pendedahan remaja itu dirogol oleh lima tertuduh sejak tahun lalu.
Menurut Ketua POlis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan kelima-lima suspek dengan kerelaan diri.
Post a Comment