Inkues Adib, Cik Miera dipanggil beri keterangan di Mahkamah Koroner


Seorang jururawat Institut Jantung Negara (IJN) yang mengkritik kenyataan Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Koroner, hari ini, lapor Sinar Harian

Cik Miera merupakan saksi ke 25 dalam prosiding ikuiri ini.

Cik Miera atau nama sebenarnya, Siti Shafikah Amira, terdahulu melalui Facebooknya mengkritik kenyataan Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang menyatakan kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib tidak sepadan dengan kecederaan akibat dipukul. 

Cik Miera mendakwa, dia merupakan jururawat yang merawat Muhammad Adib dari hari pertama, tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Ahmad Hafizam. 

"Mungkin anda tidak melihatnya dari hari pertama arwah dibawa ke sini, tetapi kami melihat wajahnya! Kami melihat lebam, seluruh tubuhnya dan begitu banyak perkara yang saya tidak boleh beritahu di sini. Kami tidak buta, begitu juga anda," tulisnya sebelum merayu orang ramai memadamkan kenyataan itu selepas menyedari ia tersebar luas di media sosial. 


Ekoran kenyataan Cik Miera itu, Dr Ahmad Hafizam menerima cacian dari netizen dan ada yang menganggap dia berbohong ketika memberi keterangan sedangkan dia memberi keterangan berdasarkan kelayakan, kepakaran dan ilmu forensik yang dipelajarinya. 

No comments