'Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak boleh!' - Lelaki dipenjara 8 bulan kerana tumbuk GF hamil & anaknya


Seorang pekerja buruh di Singapura didakwa menumbuk perut teman wanitanya yang hamil sebanyak tiga kali dan anak perempuannya turut menjadi mangsa. 

Suspek berusia 37 tahun itu tergamak menumbuk anak kandungnya berusia tiga tahun itu di bahagian muka selain rambutnya ditarik ketika mangsa sedang berehat di atas katil. 

Tertuduh yang tidak boleh didedahkan identitinya itu, dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan oleh mahkamah, semalam. 

Tertuduh mengaku bersalah di atas dua pertuduhan melakukan serangan itu. 

Mahkamah dimaklumkan, tertuduh menumbuk teman wanitanya berusia 32 tahun itu di bahagian muka pada 12 Jun 2017, tetapi tidak dinyatakan punca kejadian itu berlaku. 

Anak perempuan mangsa yang berusia 16 tahun datang melawat terkejut melihat keadaan ibunya yang cedera lalu berdepan dengan lelaki terbabit. 

Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling berkata, remaja berkenaan meminta ibunya mengugurkan saja kandungannya memandangkan tertuduh 'tidak mampu' menjaga isterinya selain dia sering bertindak ganas. 

Berang dengan kata-kata itu, tertuduh bangun dan menuju ke arah teman wanitanya sebelum ditumbuk sebanyak tiga kali. Tertuduh kemudian mencakar pergelangan tangan remaja terbabit serta menarik rambutnya. 

Remaja itu kemudian bertanya apakah tertuduh tergamak mencederakan anak kandungnya sendiri? Tertuduh tanpa berfikir panjang terus mendapatkan anak perempuannya dan menumbuknya di muka. 

Ketiga-tiga mangsa bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan di hospital selepas kejadian itu. 

Difahamkan, tertuduh pernah mengasari mangsa di rumahnya pada 12 Mac 2018, di mana tertuduh mengesyaki mangsa curang dengan bekas teman lelakinya. 

Tertuduh memberitahu dia mahu memutuskan hubungan mereka sebelum mengunci pintu jeriji bagi menghalang teman wanitanya itu keluar. Malah, dia juga merosakkan telefon bimbit teman wanitanya bagi menghalangnya dari menghubungi pihak polis. 

Selepas itu, dia mencekik leher mangsa dengan kedua-dua belah tangan sambil berkata, "Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun takkan dapat!" 

Lelaki itu terus menyerangkan selepas mangsa berjaya meloloskan diri. 

Chee berkata, tertuduh menumbuk muka mangsa beberapa kali, menarik rambut dan menendang dadanya. Mangsa kemudian membuat laporan polis, empat hari selepas kejadian itu berlaku. 

Sumber: The Star

No comments