Mayat lelaki sudah reput 8 bulan ditemui dalam kolam agihan air
Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) semalam memaklumkan berlaku gangguan bekalan air di Palong 12 hingga 16 pada jam 8:00 malam 24 Mac hingga 8:00 malam 25 Mac adalah disebabkan penemuan mayat di dalam Kolam Palong 12, pada jam 5:30 petang Ahad.
Susulan penemuan yang tidak dijangkakan itu, pihak SAINS mengambil tindakan segera untuk membersihkan semula kolam tersebut sebelum bekalan air dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan terlibat.
Difahamkan, pekerja SAINS yang ketika itu mahu memeriksa paras air di loji itu menemui mayat seorang lelaki lalu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Pihak SAINS juga melakukan kerja penutupan tangki air tersebut sebaik saja mengetahui mengenai penemuan mayat itu.
"Pada masa ini SAINS dalam usaha membersihkan semula kolam tersebut sebelum bekalan air dibekalkan kepada pengguna di kawasan terlibat.
"Pembersihan dilakukan termasuk membuang semua air dalam tangki tersebut dan mengantikan dengan air yang baru."
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan penemuan mayat lelaki berusia 22 tahun itu yang berasal dari Desa Keratong di mana mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai 2018.
"Anggota unit skuba bomba memasuki kolam agihan air itu pada jam 1:18 petang tadi (Isnin) dan berjaya mengeluarkan bahagian pinggang hingga kaki mangsa pada jam 1:40 petang.
"Manakala bahagian cebisan mayat mangsa dikeluarkan dari kolam itu pada jam 2:00 petang sebelum operasi dihentikan sementara bagi tujuan pembuangan air dalam kolam agihan tersebut.
"Pada jam 6:10 petang, beberapa bahagian lain seperti tengkorak dan rahang serta beberapa tulang dikeluarkan.
"Hasil pemeriksaan pada mayat menemui dompet jenama Levi's mengandungi kad pengenalan," katanya.
Sumber: Kosmo, Sinar Harian
Post a Comment