'Daripada derma duit kat hang, lagi baik derma kat anak yatim' - Netizen kecam aktivis politik guna jalan pintas untuk 'cepat naik'
Dalam video yang disiarkan secara 'live', Jufazli menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan melindungi beberapa pemimpin yang didakwanya menyamun negara termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Hadi Awang.
Difahamkan, polis menahan Jufazli selepas pihak NGO yang tidak didedahkan namanya telah membuat laporan polis terhadap Jufazli.
Ketika ditahan, Jufazli turut menyiarkan kehadiran anggota polis di dalam video livenya itu dan pada akhir video, dia kelihatan menangis kerana tidak mahu ditahan.
Selepas lima hari ditahan, Jufazli akhirnya dibebaskan dan kembali menyerang kepimpinan Tun Dr Mahathir melalui Facebooknya.
Berdasarkan 'kenyataan rasmi'nya itu, Jufazli menganggap dirinya telah menang melawan Mahathir yang didakwanya cuba menyekat suara lantangnya yang mengkritik skandal salahguna kuasa sebagai Perdana Menteri.
"Oleh hal demikian, saya dan peguam-peguam saya merancang untuk mengeluarkan saman sivil sebanyak RM2 juta kepada pihak kerajaan Mahathir, PDRM dan Kementerian Dalam Negeri kerana menafikan hak asasi saya melantik peguam dalam tangkapan politik ini," katanya.
Dalam masa yang sama, Jufazli juga meminta sumbangan orang ramai bagi menampung kos guamannya sebanyak RM50,000 ke dalam akaun peribadinya bagi menjayakan saman RM2 juta terhadap kerajaan.
Menurut Mosha BK, Jufazli menyertai DAP pada 6 Jun 2017 kononnya mahu melawan rejim UMNO serta Musa Aman. Selepas itu, dia dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Sabah.
"Namun ketika PRU14, dia berang apabila dia tidak dinamakan sebagai calon DAP lalu bertanding sebagai calon bebas melawan DAP di kerusi DUN Tanjung Papat.
"Dia bagaimanapun tewas dan akhirnya hilang pekerjaan menyebabkan dia terpaksa menunjukkan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir dengan berusaha menyerang Najib dan Zahid siang malam.
"Tetapi tindakannya itu tidak berjaya menarik minat mana-mana pemimpin Bersatu Semenanjung untuk mengambilnya bekerja. Lalu dia bertindak menyerang Mahathir dengan memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan harapan dia diambil bekerja dalam pasukan Anwar.
"Malangnya strategi dia tidak menjadi. Ramai pemimpin PH tidak mengaku mengenali dia, apatah lagi DAP yang menafikan Jufazli pernah menjadi ahli DAP," katanya.
Sementara itu netizen lain menasihatkan orang ramai tidak memberikan sumbangan kepadanya yang jelas sekali membawa kepada perjuangan yang sia-sia.
Post a Comment