(Video) Sanggup dera anak sebab tak suka anak perempuan


Kejam! Pasangan suami isteri dari Shenzhen, selatan China, tergamak mendera anak perempuannya dan video kejadian itu viral di media sosial mengundang kemarahan netizen. 

Pasangan terbabit mengaku mendera mangsa selepas polis mula menyiasat kejadian itu pada 23 Disember. 

Berdasarkan video viral itu, si ibu memukul dan mencekik anaknya sebelum ditolak sehingga terjatuh ketika mangsa sedang membuat kerja sekolah. Selain itu, mangsa juga dipukul dengan penyapu tanpa sebarang sebab. 

Dalam video yang lain pula menunjukkan si bapa menampar dan memukul mangsa menggunakan penyapu. 

Difahamkan, video kejadian itu diperolehi dari aplikasi monitor kamera pengawasan dalam telefon bimbit milik rakan mahjong si bapa di mana suspek meminjam telefonnya untuk memantau video CCTV itu. 



Mangsa kini di bawah lindungan pihak kebajikan dan diberi kaunseling serta dibenarkan bersekolah seperti biasa. 



Kes masih disiasat oleh pihak polis. 

Sumber: Shine

No comments