(Video) 2 lelaki lemas ditelan arus pusaran ketika cuba ambil sepotong kayu
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Jun 2018 di Taman Broderick, Buffalo, New York.
Mangsa, Mario Guthrie, 29, dilaporkan memanjat pagar tebing sungai lalu terjun ke dalam sungai itu untuk mengambil sepotong kayu besar.
Apabila Mario kelihatan sukar untuk berenang kembali ke tebing, Scott Vader, 46, pula terjun untuk menyelamatkannya.
Malangnya, Scott lemas bersama mangsa ketika cuba menghulurkan bantuan di mana Mario pada ketika itu pula terdesak untuk berpaut padanya untuk timbul di permukaan sungai.
Saksi, Cristina Williams, berkata, Scott pada awalnya mahu terjun untuk mengambil sepotong kayu tersebut bagi kegunaan membuat perabot, namun Mario pula menawarkan diri untuk berbuat demikian.
Sebaik saja melihat Mario menghadapi kesukaran, Scott terus terjun untuk menyelamatkan Mario.
"Hanya dalam beberapa saat sahaja mereka tenggelam seperti batu. Kami semua tak dapat buat apa-apa. Mak saya pula menjerit agar saya tidak terjun ke sungai di mana pada waktu itu saya hampir berbuat demikian," katanya.
Pasukan Penyelamat dari Jabatan Polis Buffalo kemudian tiba di tempat kejadian, tetapi sudah terlambat. Mayat kedua-dua mangsa hanya berjaya ditemui selepas usaha mencari dijalankan selama lebih satu jam.
Post a Comment