(Video) BMW melambung 20 kaki ke udara gara-gara pemandunya terlelap beberapa saat (microsleep)


Gara-gara terlena seketika, kereta yang dipandu seorang lelaki terbabas lalu melambung 20 kaki ke udara sebelum terhempas di terowong, lapor Daily Mail

Dalam kejadian di Slovakia, pemandu kereta BMW berusia 44 tahun itu mengakui dia tertidur seketika (microsleep) menyebabkan keretanya terlanggar hujung penghadang jalan di sebelah kanan lalu melambung menghentam bumbung terowong dan berpusing 360 darjah, lalu terhempas di tengah jalan. 


Meskipun kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk, mangsa tidak mengalami kecederaan serius. Ujian alkohol yang dijalankan pada mangsa juga didapati negatif. 

Sebuah kereta yang melalui jalan yang sama segera memperlahankan kenderaan dan memasang lampu kecemasan selepas terkejut melihat kejadian itu. 

Akibat kejadian itu, bahagian depan kenderaan itu rosak teruk sehingga menjejaskan bahagian enjin.




No comments