'Dugaan hari ini, total RM9,673.70 lesap dari akaun bank CIMB' - Mangsa


"Total RM9,673.70. CIMB tak selamat dah. Dugaan harini," demikian status yang dimuat naik oleh mangsa yang mendakwa sejumlah besar wang simpanannya hilang dari akaun.

Ainnurulhuda Rusli semalam memuat naik tiga gambar mesej pemberitahuan bahawa ada berlakunya transaksi pembayaran pada hari Khamis berturut-turut dari RM10.00 hingga ke amaun tertinggi RM2,308.63 ke penerima pembayaran, UBR. 




Menurut mangsa, sebaik saja dia menyedari perkara dia, dia terus menghubungi talian khidmat pelanggan bank berkenaan untuk menyekat segala transaksi kad debitnya. 

Meskipun transaksi pembayaran itu masih dalam status 'pending', namun wang itu telah ditolak dari akaunnya. Mangsa berharap, pihak bank akan membantunya mendapatkan semula wang yang telah dikumpul sejak sekian lama itu. 

Difahamkan, mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Malah, dia perlu mengisi borang unauthorised transaction untuk mendapatkan semula wangnya itu. 

Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai kes kehilangan wang dalam akaun bank menyebabkan ramai netizen yang mula berasa bimbang. Namun, pihak bank pula mengeluarkan kenyataan bahawa sistem mereka masih selamat dan pengguna tidak perlu berasa bimbang. 

No comments