(Video) Bapa gantung dan dera anak kerana isterinya lari dari rumah
Viral di media sosial video seorang bapa tergamak mengantung anaknya secara terbalik di tingkap mengundang kemarahan netizen.
Dalam kejadian yang berlaku di Sta Rosa, Laguna, Filipina itu, lelaki terbabit bertindak mengantung kaki anak lelakinya pada penyangkut pakaian sebelum disangkut pada jeriji tingkap kediamannya.
Tidak cukup dengan itu, mangsa yang dianggarkan berusia 10 tahun itu ditampar dan ditumbuk di badan serta kemaluan menyebabkan mangsa menangis serta merayu agar tidak diperlakukan sedemikian.
Selain itu, suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya wanita itu tidak pulang ke rumah.
Video yang dimuat naik ke Facebook sejak Rabu lalu telah ditonton lebih 1.8 juta kali dan dikongsi lebih 200,000 kali.
Dalam video tersebut, si bapa bertanya kepada mangsa adakah dia gembira dengan apa yang dilakukan oleh ibunya yang meninggalkan mereka (ibu pulang ke kampungnya di Iloilo).
Tidak menjawab soalan yang diajukan, si bapa memukul anaknya.
Tolong viralkan bangsat ni agar senang nk cari dia, mungkin dia seorng penculik. 😡 pic.twitter.com/MU2Ds1X0Pt— Wak Doyok (@Wak_Doyok) December 28, 2018
Susulan video viral itu, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan berjaya menyelamatkan mangsa yang kini dibawah perlindungan pihak kebajikan untuk sementara waktu.
Ketua Polis Sta. Rosa, Superintendan Eugene Orate berkata, suspek telah ditahan kira-kira jam 11.30 malam Khamis dan kini direman untuk siasatan lanjut.
Suspek akan didakwa atas dakwaan mendera kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan dan trauma.
Pasangan suami isteri itu difahamkan telah bertengkar sebelum kejadian itu dan si istei bertindak pulang ke Iloilo pada 13 Disember.
Ketua Polis Laguna, Superintendan Eleazar Matta berkata, mangsa mengalami lebam dan telah dibawa ke pusat kebajikan sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber: Enquirer
Post a Comment