(Video) 'Teringin nak rasa air ketum katanya...'
Difahamkan, tiga pelajar berkenaan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di Bachok, Kelantan, berkongsi duit untuk membeli air ketum itu.
Menurut sumber polis, kejadian itu berlaku pada petang semalam kira-kira jam 2 petang, selepas waktu persekolahan.
Soal siasat ke atas pelajar berkenaan mendapati, itu adalah kali pertama mereka mencuba minuman tersebut kerana ingin mengetahui bagaimana rasanya.
Pihak polis juga sedang mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum tersebut untuk tindakan lanjut dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Semakan rekod disiplin dengan pihak sekolah juga mendapati, ketiga-tiga pelajar terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan disiplin.
Pihak polis dan sekolah memandang serius akan kes salah laku pelajar terutamanya yang melibatkan kegiatan meminum air ketum. Jika ditangkap, pelajar boleh didakwa di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
Post a Comment