'Saya nak minta cerai, saya dah ada orang lain' - Hancur luluh hati suami baca mesej dari isterinya...
Alangkah terkejutnya suami apabila isterinya secara tiba-tiba menghantar mesej kepadanya menuntut diceraikan hanya kerana hatinya sudah terpaut pada lelaki lain.
Lebih teruk lagi apabila si isteri enggan menyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada suami, malah mendakwa anaknya itu berkemungkinan bukan anak kandung suaminya.
Hati suami mana yang tidak tersentak mendapat mesej seperti itu. Puas pertahankan, puas juga memujuk, namun si isteri nekad mahu bercerai semata-mata mahu bersama lelaki lain.
Pada awalnya si isteri menghantar mesej secara baik dan memberitahu hasratnya itu, Namun suaminya enggan melepaskan kerana menganggap wanita itu merupakan isteri pertama dan terakhirnya.
Keengganan si suami menyebabkan wanita itu berang lalu mengungkit beberapa perkara lampau seperti suami tidak memberi nafkah selama ini dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.
Bagaimanapun lelaki itu mempunyai alasannya sendiri dan menjelaskan dia juga berusaha membahagiakan rumahtangga mereka.
"Saya nak minta cerai, saya dah ada orang lain"
"Saya nak kahwin dengan lelaki itu. Dia boleh jaga saya dan anak"
"Selama ni hang tak bagi nafkah kat aku"
"Saya dah nekad, tunggu keputusan abang, lafaz cerai"
"BABI la wehh hang ni"
"Aleesya aku tak bagi. Dia bukan anak hang!"
"Sebelum kahwin ngan hang pun aku pi tidoq ngan jantan berlambak dah"
"Selama ini abang tak jaga sayang baik-baik"
"Jangan cari sayang dan anak lagi. Kami tak perlukan abang"
Sumber: Kisah Rumah Tangga Fans
Post a Comment