Ringankanlah penderitaannya...
10 jam yang lalu, individu yang menggunakan nama 'Cikgu Rosma' memuat naik gambar dan video di laman Facebook yang menunjukkan wajah seorang kanak-kanak kemerahan disebabkan ekzema.
"Duhai sahabat-sahabat Facebook saya. Kanak-kanak ini sangat-sangat tidak berkemampuan. Dia memerlukan sumbangan anda semua. Kasihanilah anak ini, tolonglah viralkan semoga ada yang dapat membantunya.
"Jika ada yang ingin menyumbang, tolong hubungi saya di WhatsApp (0133978381). Walau sekecil mana pun sumbangan anda, pasti besar buat si ibu ini. Saya akan kumpul dana untuk anak kecil ini. Saya yakin anda semua punya sekeping hati yang sangat baik, mahu melihat anak ini sembuh," katanya.
Post yang dimuat naik sejak jam 11 pagi tadi telah dikongsi 3,232 kali. Semoga ada pihak yang sudi tampil membantu anak kecil ini.
Post a Comment