'Itu sepupu saya dan budak itu anak saudara dia!' - Wanita tampil nafi dakwaan viral lelaki pedo


"Dapat dari mana gambar yang pertama itu? Itu sepupu saya dengan anak saudara dia. Mana bukti kata dia anak ikankan budak itu ni?" demikian soal individu yang mendakwa dirinya sepupu kepada lelaki yang dituduh sebagai pedofilia sejak viral di media sosial sejak tengah hari semalam. 

Nurul Afida berkata, laman Facebook yang menularkan gambar sepupunya itu membuat tuduhan yang tidak betul dan difahamkan sepupunya akan membuat laporan polis berhubung penularan tersebut. 

"Page ini fitnah, saya kenal sangat sepupu saya ni. Dia tak macam tu. Itu anak saudara dia. Tak takut dosa ke korang ni? Sepupu saya akan buat report ke atas fitnah ini. 

"Yang sebetulnya, gambar ini dah (dimuat naik) enam tahun lepas," jelasnya. 

Terdahulu, sebuah laman Facebook memuat naik gambar-gambar perbualan beberapa ahli Group Anak Ikan dalam ruangan komen gambar seorang lelaki yang mendakwa dirinya mahu menuai remaja lelaki berusia 14 tahun. 




Beberapa lelaki yang lain turut tampil mendedahkan mereka juga mempunyai anak ikan yang berusia 14 tahun dan seringkali melakukan seks songsang. 

Biarpun ada beberapa ahli group yang menegah perbuatan mereka, malangnya tidak diendahkan dan mereka semakin bangga berbicara mengenai perbuatan yang tidak senonoh itu. 

Susulan penularan gambar itu juga, satu komuniti di Facebook telah membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap group tersebut bagi mengelakkan gejala tidak bermoral itu semakin menular dalam kalangan masyarakat. 

BERITA BERKAITAN:

No comments