Penunggang motosikal maut terjerut kabel
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.00 petang Rabu di hadapan Sekolah Khon Kaen Nakhon, mangsa, Maneenetr Charoenngao, 40, terbunuh di tempat kejadian apabila lehernya terjerut pada kabel yang tergantung sehingga hampir memenggal kepalanya.
Timbalan Ketua Polis Muang Khon Kaen Kapten Singha Hong-on berkata, ia adalah kabel kecil yang tajam dan merupakan gentian optik yang disaluti dengan plastik hitam yang kuat.
Beliau berkata, pihak polis masih menyiasat punca sebenarnya yang menyebabkan kabel itu terjatuh dari kabel kuasa utama dan tergantung.
Hasil siasatan pihak polis melalui video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, ada sebuah trak yang melalui kawasan itu dan seorang pekerja di belakang menundukkan kepalanya untuk mengelakkan kabel tersebut.
Maneenetr menunggang motosikalnya ketika itu datang dari arah yang bertentangan tidak menyedari kabel gentian itu lalu terjerut menyebabkan mangsa bersama motosikalnya terjatuh.
Anak sulung mangsa, Kanokwan Panyapim berkata, keluarganya akan berusaha sehingga berjaya mencari pihak yang bertanggungjawab kerana ibunya adalah punca utama pendapatan bbagi keluarganya.
Post a Comment