(Video) Dendam mangsa buli


Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan pada petang Jumaat lalu selepas menikam tujuh pelajar sehingga hilang nyawa dan mencederakan 19 lagi pelajar yang lain dalam serangan menggunakan pisau, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Jumaat di sebuah sekolah menengah di Yulin, wilayah Shaanxi, suspek yang dikenali sebagai Zhao, telah menikam 5 pelajar perempuan dan 2 pelajar lelaki yang pada ketika itu baru sahaja tamat sesi persekolahan. 

19 mangsa yang cedera dihantar dan dirawat di hospital. Namun keadaan mereka yang terkini tidak diketahui. 

Difahamkan, suspek terdahulu pernah bersekolah di sekolah tersebut dan menjadi mangsa buli rakan sekelasnya.

Ketika disoal siasat, suspek menjelaskan dia berbuat demikian kerana dirinya masih berdendam dengan bekas rakan sekelas yang pernah membulinya sedekad lalu. 

Gambar-gambar kejadian itu viral di media sosial China dan netizen melancarkan kempen derma darah untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Kempen itu mendapat sambutan ramai, termasuk dari golongan artis. 



No comments