'Sudah tiada hati untuk hidup bersama' - Ude


Suami kepada Intan Liana Saleh, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, mengakui bahawa perpisahan adalah jalan terbaik kerana sudah dia sudah tiada hati mahu meneruskan hidup bersama isteri pertamanya itu, lapor Berita Harian

Ude berkata, dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama. 

"Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

"Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

"Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya," katanya.

Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertama selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Difahamkan permohonan cerai itu telah dibuat pada 30 November lalu, pada bulan yang sama isteri pertamanya mendapat tahu dirinya telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan peguam yang mewakili Ude yang memohon untuk menangguhkan penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes.

"Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak. Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes," katanya.

Sementara itu dalam laporan mStar pula, Intan berkata dia tidak tahu apa salah dirinya namun dia akur dan reda dengan keputusan suaminya itu. 

BERITA BERKAITAN:

No comments