Suami terkejut melihat kelibat lembaga dipercayai 'HKM' di belakang isterinya dalam gambar


Susulan viral kisah Hantu Kebaya Merah, tampil pengguna Twitter Creepyposta berkongsi beberapa pengalaman individu yang didakwa pernah terserempak dengan makhluk itu di lebuhraya sekitar tahun 2009. Baca perkongsian dari Creepyposta di bawah.

Hantu Kebaya Merah (HKM)

Video klip pendek penampakan Hantu Kebaya Merah jalan berlenggang di satu lokasi yang belum dikenal pasti jam 3 pagi menjadi tular. Namun ini bukanlah kali pertama HKM menonjolkan diri kerana sebelum ini pernah muncul pada tahun 2009 di Kedah. 


KISAH PERTAMA HKM

Fitri Mohamad, seorang guru Bahasa Arab, pernah berkongsi pengalaman aneh ketika bercuti selama tiga hari di Cameron Highlands bersama keluarganya pada Mei 2009. 

Menurut Fitri, anak saudaranya yang berusia dua tahun ketika itu asyik menangis sepanjang perjalanan. Fitri juga mendakwa kereta yang dipandunya terasa 'berat' dan beliau ternampak sosok HKM ketika berhenti di Padang Besar. 

Kata Fitri, keretanya 'berat' seolah-olah ditambah dengan muatan sehingga menyebabkan kos minyak kenderaannya dari Kuala Lumpur ke Perlis mencecah RM100. Sedangkan kebiasaannya cuma sekitar RM60 sahaja. 

Menurut Fitri lagi, sebaik sahaja dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dia ternampak kelibat lembaga keluar dari keretanya. Namun yang paling mengejutkannya ialah kemunculan HKM yang dirakam di dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak RNR di Gurun arah selatan ketika mereka baru saja memulakan ekspedisi percutian mereka. 


Ketika gambar itu dirakam pada jam 5.30 pagi, tiada sesiapa pun yang berada di belakang isterinya. HKM melakukan photobomb bersama isteri Fitri, cantik kan? 

Fitri berkata, dia kemudian membaca ayat kursi sebelum menyambung perjalanan tanpa mengetahui bahawa HKM telah menjelma di dalam gambar bersama isterinya sehinggalah gambar itu dimuat turun dari kamera Nikon beberapa hari selepas kejadian itu. 

Katanya, HKM bukanlah secantik Fazura di dalam filem The Legend of Pontianak, tetapi seakan-akan beruk dengan pipi lebar dan bermuncung serta berambut panjang. 


Kejadian yang dialami oleh Fitri sekeluarga berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan di Sungai Petani pada 2009. Seorang pemandu Perodua Kancil cedera parah pada 2009 diikuti dengan seorang pemandu lori dan kelindannya pada April 2009. 

Di dalam dua kejadian berasingan itu, mereka dikatakan ternampak dan cuba mengelak kelibat HKM yang sedang berlenggang-lenggok melintasi lebuh raya itu. 

KISAH KEDUA HKM

Dari perspektif pemandu Perodua Kancil yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Chan, berusia 51 tahun berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 petang ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya selepas melawat keluarganya di Pendang. 

Menurut Chan, hujan turun renyai-renyai pada wakut itu dan dia sedang terkial-kial menaikkan cermin tingkap kereta apabila seorang 'wanita' secara tiba-tiba muncul dari celah-celah pohon bunga yang ditanam di susur keluar plaza tol. 

"Dia jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampakkan betis sambil tersenyum memandang saya," katanya yang juga bersyukur kerana nyatanya tidak melayang digoda HKM. 


Beginilah keadaan Encik Chan selepas kemalangan itu berlaku. Kasihan, sampai terduduk mengenang nasib badan. 

KISAH KETIGA HKM

Dari perspektif pemandu lori. Dilaporkan kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi, pemandu lori, Mohd Sobri Shaari, 42 dan kelindannya, Atan, 37, dalam perjalanan menuju ke Bagan Ajam, Butterworth dari Bukit Kayu Hitam, Kedah. 

Menurut Atan, beberapa minit sebelum kemalangan itu, dia sedang bercerita tentang lembaga misteri HKM yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam. Sedang Atan rancak bercerita, Sobri tiba-tiba menekan brek kecemasan sambil menjerit ada seorang wanita berkebaya merah sedang melintas di tengah jalan di KM 105.8 lebuhraya utara-selatan. 


Oleh kerana lorinya dipandu laju, Sobri hilang kawalan dan kenderaannya terbabas sebelum terjunam dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan perumahan Taman Keladi, Sungai Petani. Sobri dan Atan dilaporkan cedera parah akibat dari kemalangan itu. 

Menurut cakap-cakap orang, HKM mempunyai ciri-ciri berikut: 
  • Berusia dalam lingkungan 20-an
  • Bertubuh langsing dan berkulit putih susu
  • Berambut lurus paras bahu
  • Bermuka bujur sireh dan berhidung mancung
  • Berlipstick merah terang
  • Berkebaya merah

KISAH BONUS LOKASI-LOKASI BERHANTU DI LEBUHRAYA MALAYSIA

Anda gemar memandu seorang diri, mencari ketenangan jiwa di malam hari? Anda gemar memandu di malam hari kerana takutkan teriknya Sang Mentari? Maju lu sini adik, bacalah kisah-kisah di bawah ini. 

1. LEBUHRAYA PEDAS/LINGGI - SIMPANG AMPAT (PLUS)

Terdapat banyak kes dilaporkan mangsa terserampak dengan lembaga yang melintas lebuhraya, mahupun sosok lelaki tua berbasikal sekitar jam 1-4 pagi. Namun yang paling menarik, kisah yang bakal anda baca sebentar lagi. 

Seorang lelaki sedang menunggang motosikal meredah kedinginan malam merentasi lebuhraya tersebut pada jam 2 pagi untuk pualng ke Bangi, dari Melaka. Di KM230, dia ternampak sebuah kereta Proton Iswara sedan berwarna putih yang sedang dipandu perlahan. Alah, macam orang tengah ehem-ehem dalam kereta tu. 

Walaupun sedikit ketakutan, dia memotong kenderaan itu dan ketika itulah dia terhidu bau yang sangat busuk. Dia memberanikan diri menjeling ke arah kereta tersebut dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kereta yang sedang bergerak itu sebenarnya sudah remuk dan lunyai tanpa pemandu. 


FOTO HIASAN: Mungkin beginilah keadaan kereta berbau bangkai yang dijumpai penunggang motosikal terbabit di lebuhraya berkenaan. 

2. LEBUHRAYA BUTTERWORTH - KULIM KM20.6 (BKE)

Kawasan ini agak popular dengan lembaga berupa manusia separuh badan ataupun tanpa kepala. Menurut seorang bomoh, kemalangan maut yang sering berlaku di lokasi ini melibatkan pemandu motosikal disebabkan kaki mereka ditarik oleh lembaga separuh badan tersebut. 

Bomoh itu juga memaklumkan kawasan lebuhraya itu merupakan kawasan hutan tebal sebelum diterokai untuk dijadikan lebuh raya. Mungkin lembaga separuh badan yang gemar menarik kaki penunggang motosikal itu berbentuk begini: 


3. LEBUHRAYA KUANTAN-GAMBAR (PLUS) 

Seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad yang ditugaskan untuk mengambil kereta yang remuk di satu lokasi kemalangan pada waktu malam pernah menggemparkan negara kerana terrakam gambar hantu secara tidak sengaja pada tahun 2011.

Mubin mendakwa, ketika gambar itu dirakam, dia yakin tiada orang lain berada di sekitar lokasi kereta remuk itu kerana ia kawasan hutan dan gelap gelita. Tetapi setelah diamati dengan teliti, terdapat 'tiga sekawan' yang sedang memerhatinya bekerja. Dua di antara mereka berpakaian merah dan seorang memakai blouse putih dengan riben di pinggang. 


4. LEBUHRAYA KARAK (MTD)

Paling legend! Siapa saja yang tak pernah dengar kisah kereta Volkswagen Kuning kan? Dipandu terkedek-kedek, bila dipotong, alamak! Ada di depan semula. Berani ke nak potong? 


5. LEBUHRAYA TANGKAK-MUAR (PLUS) 

Okey, ini urban legend. Tak pasti betul atau tidak tetapi anggap sajalah cerita dongeng sebelum tidur. Pada tahun 2012, dikatakan ada satu persatuan Cina di Tangkak/Muar yang telah mendapat kebenaran untuk menutup sementara laluan lebuhraya di kedua-dua arah untuk menjalankan satu ritual pembersihan bagi menghalau makhluk halus dari terus mengganggu pengguna lebuhraya berkenaan. 

Bunyinya macam aneh kan? Ada lesen besar boleh tutup lebuhraya. Kita andaikan cerita ini betul walaupun mungkin hanya dongeng. 

Ramai wartawan dijemput hadir untuk menyaksikan ritual menghalau hantu tersebut. Dengan kerjasama PDRM, mereka menutup laluan tersebut pada jam 11 malam yang didakwa merupakan waktu hantu dan syaitan mula keluar untuk bergembira menakutkan manusia. 

Selain bomoh Cina, terdapat juga bomoh Melayu dan India yang turut hadir. Muhibah gitu. Menurut saksi, usaha bomoh-bomoh itu tidak membuahkan sebarang hasil. Sebalik seorang anggota polis dilaporkan telah mati setelah dirasuk dan bomoh Melayu yang cuba membantu polis itu juga turut terkorban. 

Bomoh-bomoh yang lain pun cha lif bot sebelum berlaku perkara lain yang lebih dahsyat. Mungkin beginilah sosok-sosok setan yang bergentayangan di sekitar lebuhraya Tangkak-Muar. 


Sumber: Creepyposta

No comments