Maut ditetak kekasih ibu mentua


Seorang lelaki berusia 30-an maut ditetak oleh kekasih kepada ibu mentuanya yang berang selepas mengetahui dimaklumkan pernah menjalinkan hubungan sulit intim dengan kekasihnya. 

Dalam kejadian jam 8.30 malam di kediaman tidak bernombor di Kampung Longgom, Kota Marudu, Sabah, mangsa yang dikenali sebagai Bobit, yang juga penoreh getah, berasal dari Filipina, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, mangsa maut akibat tetakan di leher, perut, muka dan bawah lutut selepas ditetak suspek dengan parang. 

Siasatan awal mendapati, mangsa bersama isterinya yang merupakan orang tempatan, ibu mentuanya dan suspek berada di rumah dalam keadaan mabuk selepas minum minuman keras. 

"Isteri mangsa dikatakan bercerita mengenai mangsa yang sebelum ini pernah melakukan hubungan intim dengan ibunya berusia 61 tahun di ladang getah berhampiran. Pendedahan itu menyebabkan suspek marah sehingga berlaku pergaduhan. 

"Ketika pergaduhan, mangsa bertindak mengambil sebilah parang sebelum berjaya dirampas oleh suspek. 

"Mangsa kemudian melarikan diri ke bahagian dapur sebelum tubuhnya ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah disyaki ditetak oleh suspek," katanya. 

Mangsa kemudian ditemui oleh jirannya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Suspek pula telah melarikan diri selepas kejadian itu. 

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pitas untuk dibedah siasat. 

Difahamkan, suspek yang rapat dengan keluarga mangsa pernah bekerja bersama di ladang sawit dan slalu datang ke rumah itu untuk minum minuman keras. 

Mohd Izaan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan usaha memburu suspek sedang giat dilakukan. 

No comments