'1.. 2.. 3.. besi railing pakaian terjatuh dibuat 2 beradik itu, si bapa hanya menoleh dan terus leka dengan handphone'


Ibu bapa usah terlalu ralit dengan telefon bimbit sehingga mengabaikan anak-anak apabila berada di luar. Berkomunikasi dan berinteraksilah dengan anak-anak anda. Jangan sampai satu masa kelak mereka juga akan melakukan perkara yang sama pada anda di hari tua. Jika itu terjadi, pastinya sedih dan sudah terlambat untuk merasa penyesalan. 

Kerap kali perkongsian seperti ini viral di media sosial, namun sehingga ke hari ini masih ada segelintir ibu bapa yang melakukannya. Hasilnya, pihak lain terpaksa menanggung akibatnya. Hendak dimarah budak-budak tiada guna, jika dimarah ibu bapanya lain pula ceritanya nanti. 

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mengawal dan menjaga anak-anak apabila berada di luar. Ketepikan dunia Facebook, Twitter, Instagram atau permainan di telefon sementara. Biar anak kita menangis kerana ditegur akan perbuatannya, jangan biar orang lain menganggap kita tidak pandai menjaga anak. 

DUA beradik berusia antara 3-5 tahun berlarian di dalam sebuah kedai pakaian, sementara ibu mereka sedang mencuba pakaian di Fitting Room. Bapa mereka hanya duduk dan sibuk dengan telefon bimbit di tangannya.

Rakan sekerja aku menegur dua beradik berkenaan agar jangan bermain di situ. Aku yang sedang bekerja pergi berjumpa dengan si bapa dan meminta dia mengawasi anak-anaknya itu kerana bimbang railing besi terjatuh dan terkena pada anak-anaknya. 

Bagaimanapun, si bapa bersikap acuh tak acuh memanggil anak-anak agar duduk dekat dengannya. Matanya tak lekang dari memandang telefon bimbit, laju saja jari jemarinya menaip sesuatu di telefon bimbit. 

Aku hanya menghitung dalam hati, "1, 2, 3..." dan railing pakaian jatuh satu persatu, bagaikan bongkah domino. Yang paling menarik, di hujung sekali patung anita kami menyembah lantai dan kepalanya tertanggal dan bergolek di lantai. 


Si ibu yang baru saja keluar dari Fitting Room terkejut melihat kejadian itu. Berulang kali dia bertanya adakah anak-anaknya yang menyebabkan perkara itu berlaku? Berulang kali juga dia meminta maaf pada kami sambil kalut membantu mengemas semula pakaian yang terjatuh. 

Si bapa? Hanya sekadar menoleh sekilas dan kembali ke dunianya bersama telefon bimbit. Penyudahnya si ibu terpaksa membawa anak-anaknya masuk ke dalam Fitting Room untuk menukar baju semula. 

Bukan salah kanak-kanak itu, dunia mereka hanya bermain dan semua benda adalah permainan. Yang tidak berguna dalam hal ini sudah tentu si bapa. Apa salahnya si bapa ketepikan telefon bimbit sementara dan membantu isterinya menjaga anak-anak dan barang seketika. 

Isteri kamu mahu mencari baju agar dia nampak cantik. Kalau dia kelihatan selekah, kamu juga yang gatal mahu mencari yang lain di kemudian hari. 

Kedua, andai berlaku kemalangan pada kanak-kanak itu disebabkan oleh besi railing itu, pastinya kami yang akan dipersalahkan dan laju saja manusia berpenyakit mental akan menyebarkannya tanpa usul periksa. 

Sumpah aku kesal dengan manusia jenis ini yang lebih mengutamakan telefon bimbit setiap masa. Ada baiknya si bapa 'berkahwin' saja dengan telefon bimbitnya itu. Kalau nak makan, Google saja dalam internet dan 'jilat skrin' itu sepuas-puasnya. Nak anak, cari saja dalam internet. Tak perlu kahwin dan tidak perlu buat 'projek buat anak'. Senang kan?

No comments