(Video) Suami sebat isteri 100 kali kerana 'berzina' dengan lelaki lain
Dalam kejadian di Bulandshahr, Uttar Pradesh, mangsa menjerit kesakitan dipukul berkali-kali dengan tali pinggang oleh suaminya sambil diperhatikan sekumpulan lelaki.
Tidak tahan dengan 'hukuman' itu, mangsa pengsan di tempat kejadian dan sekumpulan lelaki itu juga terus menyerang mangsa secara seksual dan turut cuba merogol mangsa.
Pada 10 Mac, si suami berpura-pura menghantar waktil untuk memujuk wanita itu pulang ke rumah dan berjani akan melupakan apa yang telah berlaku serta memulakan hidup baru.
Apabila wanita itu kembali, sebuah mahkamah yang terdiri daripada pemimpin tua di kampung itu telah membuat keputusan agar wanita terbabit disebat sebanyak 100 kali oleh suaminya.
Susulan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius telah membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan yang dibuat mangsa, polis sedang memburu suami mangsa dan beberapa lagi individu yang terlibat.
Sumber: Daily Mail, Sinar Harian
Post a Comment