(Video) Cemburu, suami belasah isteri dengan parang
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi tadi di kawasan perindustrian Klang Jaya, Taman Sentosa, Klang, mangsa dibelasah oleh suami dan rakannya dengan senjata tajam parang dan kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam dari tingkat atas bangunan berhampiran.
Selain dipukul dengan parang, mangsa juga ditendang dan ditumbuk berkali-kali sambil disaksikan oleh beberapa orang awam termasuk kanak-kanak yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Berdasarkan video viral itu, kedengaran suara mangsa menjerit meminta tolong beberapa kali. Malangnya tiada sesiapa yang tampil membantu kerana takut dengan suspek yang memegang parang.
Berdasarkan video viral itu, kedengaran suara mangsa menjerit meminta tolong beberapa kali. Malangnya tiada sesiapa yang tampil membantu kerana takut dengan suspek yang memegang parang.
Selepas mangsa tidak lagi berdaya melawan, dua lelaki terbabit kemudian menarik mangsa masuk ke dalam kereta dan beredar dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya sedang giat mengesan lokasi kedudukan mangsa dan suspek.
"Sejak kejadian berkenaan dilaporkan oleh bapa mangsa, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, sudah menggerakkan pegawai dan anggota kami untuk menjejaki kenderaan dinaiki suspek.
"Pada masa ini kita tidak menolak kemungkinan mereka sudah berada di luar Lembah Klang," katanya.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, kejadian berkenaan bermotifkan cemburu.
Post a Comment