'Saka itu suka kat kau tapi dia marah sebab kau tolak dia' - Diganggu saka arwah atok


Assalamualaikum, saya Muhammad Alif. Saya nak ceritakan pengalaman saya sewaktu atok saya nak meninggal di kampung.

Cerita ini berlaku lebih kurang dua tahun lepas. Waktu itu saya tingkatan satu dan atok saya tengah nazak. Ayah saya dapat perkhabaran dari makcik yang atok sudah nazak. Jadi, kami sekeluarga pun balik ke kampung nak melawat atok. 

Pada malam pertama balik, waktu itu memang atok tak bercakap. Badan dah sejuk tetapi masih bernafas. Malam itu, semua tidur di bawah sebab takut ada benda terjadi. Alhamdulillah hari pertama tiada sebarang kejadian yang berlaku. 

Tetapi pada malam hari kedua lebih kurang jam 1 pagi, tiba-tiba terdengar bunyi getaran kuat dalam almari bilik atok. Bila masuk, almari yang paling tepi bergetar dengan kuat sangat. Sedangkan almari itu dah berkunci sejak saya belum dilahirkan lagi. Motif almari itu dikunci pun saya tak tahu. Semua yang tidur pada masa itu terjaga dan katanya terdengar bunyi orang menembak. Tetapi yang terjaga tak dengar satu benda pun. Malam itu semua tak tidur sebab takut. 

Keesokannya, atok aku bercakap pada jam 5-6 petang. Dia kata, "Abah, nanti adik akan tolong abah". Kami semua dah rasa pelik sebab moyang saya meninggal sejak atok berusia lima tahun. 

Malam nak tidur, tinggal aku dengan ayah aku saja tidur di luar dengan atok. Lebih kurang jam 2 pagi (tak tidur sebab tengok bola), dia bercakap lagi. 

"Siapa yang datang beramai-ramai ini?" sambil buka mata dan tersenyum. 

Atok tak pernah buka mata dah empat hari. Jadi waktu itu memang meremang aku dibuatnya. Ayah kata tak ada orang dan dia terus masam muka dan bertanya pada ayah. 

"Kau tak nampak ke kawan aku tengah cakap ni?? Jangan kurang ajar!"

Keesokan petangnya, atok aku meninggal dunia. Semua orang sedih dan menangis termasuk aku. Kami tak kebumikan sebab atok meninggal dah nak dekat maghrib. Jadi, jenazahnya akan dikebumikan pada hari eosk. 

Malam nak tidur itu, almari itu sekali lagi bergoyang. Kemudian nenek buka almari itu. Ada sundang di dalamnya. Sundang itu cantik dan tak berkarat. FYI, sundang adalah sejenis pedang yang tajam di kedua-dua belah. Ayah aku pun pegang sundang itu tetapi ayah rasa lemah selepas memegangnya. 

Waktu nak tidur malam itu, aku rasa seperti ada benda yang memegang tangan dan membuatkan aku terjaga. Kemudian, haaaa!! Sundang itu ada di tangan aku. Aku tak tahu macam mana tetapi aku dah takut gila dah, aku kejutkan ayah aku. Malam itu aku hanya pejam mata tak boleh tidur. Takut kalau sundang itu datang lagi. 

Selepas kebumikan atok, ayah panggil ustaz datang untuk tolong tentang sundang itu. Ustaz itu terus cam sundang itu dan kata, "Ini sundang Cikgu Ali (moyang aku)! Sundang ini dah makan banyak darah komunis." 

Aku pun bertanyalah tentang sundang itu dan kenapa ia berada di tangan aku malam tadi. 

"Sundang ini ada saka dan saka itu suka kat kau. Dia tak ada waris lagi tetapi dia nak kau jadi pewaris." 

Aku geleng kepala. Ustaz itu kata yang saka atok aku ini marah aku sebab menolak dia dari tangan aku. Jadi, dia nak bunuh aku tetapi tak sampai hati sebab dia tak ada pewaris selepas aku lagi. 

Aku minta ustaz itu halau dia tetapi ustaz itu kata yang saka ini susah dihalau tetapi cuma boleh tukar waris. Aku tak tahu apa benda ustaz itu deal dengan saka itu dan akhirnya saka itu setuju untuk berpindah waris pergi ke ustaz itu. 

Sekarang, sundang itu masih ada dengan ustaz berkenaan. Alhamdulillah pada hari seterusnya tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku. Semua kembali normal. Tetapi nenek aku tak boleh keluar rumahlah kan, sebab idah. Lusa aku balik dengan aman tanpa saka. 

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

No comments