Guru Besar Baru Masuk Sekolah Cemerlang. Tindakan Pertama Dia Buat Ramai TERGAMAM

Guru Besar Baru Masuk Sekolah Cemerlang. Tindakan Pertama Dia Buat Ramai TERGAMAM | Saya Luv Islam – Seorang guru besar muda baru ditukarkan ke sebuah sekolah yang cemerlang. Tindakan pertama dia buat ramai terus tergamam. Allahu. Seperti yang diceritakan oleh FB Fadhli Salleh.

TINDAKAN PERTAMA GURU BESAR BARU

Malam ini aku teringat perbualan aku dengan seorang sahabat lama. Ada pentadbir baru masuk sekolah dia. Pentadbir muda dan angkuh.

“Saya GB. Saya ketua di sekolah ini. Semua keputusan saya adalah muktamad!”

Demikian ayat angkuh yang GB baru dia sering cakap dalam mesyuarat guru. Segala keputusan sekolah, GB dia buat kuasa veto. Tiada bincang-bincang dah. Dia masuk mesyuarat, cakap apa dia nak cakap dan terus blah.

Tak ada nak dengar dah pandangan cikgu-cikgu lain. Kawan aku cakap kat aku,

“Dia tu sombong betul. Suka suki je suruh orang patuh arahan dia walau majoriti cikgu tak setuju dengan dia.

LUAHAN CIKGU BERPENGALAMAN

Dia tak tahu, pokok tempat budak berteduh itu aku yang tanam. Kolam ikan yang cantik itu aku yang gali guna cangkul. Simen dan buat. Sebulan baru siap.

Pentas perhimpunan tempat dia berucap dengan angkuh itu pun, aku dan kawan-kawan yang gaul simen. Buat dan catkan. Pagar sekolah, bangunan dan kelas-kelas aku yang cat.

Budak sekolah ni yang aku latih dalam sukan dan berapa ramai wakil negeri bertanding. Berapa ramai yang dah berjaya kat Universiti sana anak didik aku.

Dan 19 tahun aku kat sini. Dia datang tak sampai setahun dah nak tunjuk taring. Nak halau-halau orang.

SEBAB TAK MAHU PINDAH…

Kalau aku dan cikgu-cikgu lama sepakat mintak tukar dan diluluskan, melopong dia. Jatuh merudum keputusan sekolah sebab cikgu-cikgu otai, penanda kertas dan yang hebat-hebat ada di sini dah berpuluh tahun.

Aku cuma ingat rumah dekat sini, anak pun sekolah sini, mak ayah budak pun ramai kenal dan rapat dengan aku je. Kalau tak fikirkan itu semua memang aku blah dah.”

Panjang lebar sahabat aku meluahkan rasa. Marah betul dia dengan sikap angkuh dan sombong GB baru dia.

Kita mungkin pentadbir, kita mungkin ada perancangan tersendiri. Namun jika kita diberi kuasa, jangan pula pandang rendah pada anak buah.

NASIHAT

Jangan mendabik dada dan angkuh halau orang itu ini keluar. Tambah-tambah guru-guru lama yang banyak berjasa.

Jangan nak tunjuk hebat kita sahaja. Sekolah gemilang bukan usaha pentadbir berseorangan. Itu kerjasama satu sekolah. Itu petanda anak-anak buah yang hebat mengajar.

Sepatutnya saling menghormati sesama. Jangan jadikan jawatan itu sebagai pemisah antara sesama kita.

Jangan rasa jawatan tinggi itu kita boleh memalukan orang lain sesuka hati.

Jangan disebabkan jawatan itu, kita rasa besar diri dan rasa hebat berbanding guru biasa.

Dan jangan sampai, kereta kau rosak tepi jalan pun tak ada anak buah yang nak berhenti tolong walau mereka lalu dan nampak.

Sombong ni pakaian Kholik, bukan makhluk. Ingat tu.

Sekian tazkirah malam Jumaat.

Sumber : Saya Luv Islam via FB Fadhli Salleh

The post Guru Besar Baru Masuk Sekolah Cemerlang. Tindakan Pertama Dia Buat Ramai TERGAMAM appeared first on SAYALUVISLAM.

No comments