(Video) 'Mana gari?! Tangkaplah!' - 4 lelaki ditahan, serang anggota sampai patah jari di Kota Bharu
Polis menahan empat lelaki yang terbabit dalam kejadian serangan terhadap beberapa penjawat awam yang menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.15 malam Rabu (14/10/2020), pihak polis dari IPD Kota Bharu yang terdiri dari seorang pegawai dan empat anggota polis menjalankan tugas Pematuhan SOP PKPP.
Turut serta ialah, sembilan anggota Majlis Perbandaran Kota Bharu dan dua anggota RELA.
Pemeriksaan dilakukan di sebuah kedai shisha berhadapan Pasar Raya Aeon Mall, Lembah Sireh, tetapi dihalang oleh pemiliknya dengan bantuan lima lagi rakannya.
Keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan salah seorang suspek bertindak agresif dengan menumbuk dan mencakar muka mangsa menyebabkan pipi kirinya bengkak dan mengalami luka kecil.
Seorang anggota polis juga mengalami patah jari manis tangan kanan ketika cuba menangkap suspek. Beberapa pegawai dan anggota juga cedera dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.
Tiga suspek ditangkap di tempat kejadian dan seorang lagi suspek diangkap di Machang, Kelantan pada jam 3.05 pagi Khamis (15/10/2020).
Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 15 hingga Ahad 18/10/2020 untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan 186 Kanun Keseksaan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
Post a Comment