(Video) Buli warga emas, 4 remaja lahanat ditahan polis

Baru-baru ini viral video di media sosial beberapa remaja lelaki bersikap kurang ajar dan mengganggu seorang wanita warga emas di Kampung Banggol Pauh, Chap, Bachok, Kelantan mengundang kemarahan netizen. 


Susulan video viral itu, empat remaja terbabit yang berusia dari 15 hingga 18 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, semalam. 


Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, keempat-empat remaja itu akan diremana hari ini.


Sementara itu, mangsa, Wan Bidah Wan Deraman, 67, yang menjadi mangsa buli empat remaja itu mengalami lebam dan sakit di bahagian lengan akibat dilastik dua remaja terbabit. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 9 malam Rabu (30/9/2020) ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah seorang diri sebelum didatangi enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya. 


"Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak melastik saya kerana bimbang mata menjadi buta," katanya memetik laporan dari Kosmo!


Namun rayuannya tidak diendahkan dan dua daripada remaja itu bertindak melastiknya dengan batu menyebabkan lengan kirinya lebam. 


Mangsa cuba memukul sekumpulan lelaki itu dengan payung sebelum terus melarikan diri.


Mangsa yang merupakan ibu tunggal itu juga mendakwa, sekumpulan remaja yang sama juga sering mengganggunya menyebabkan dia kini trauma untuk keluar seorang diri.



Sumber: Kosmo

No comments