'Tewas 7-2 kepada Aston Villa? Ini sejarah yang amat memalukan' - Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan pasukannya kehilangan arah setelah tewas ke atas pasukan tuan rumah, Aston Villa, di Villa park dengan keputusan 7-2/ 


Gol pertama diledak oleh pemain Aston Villa, Ollie Watkins, pada minit keempat setelah berjaya memperdayakan Jack Grealish. Gol itu bertahan lama sehingga pada minit ke 22, gol kedua pula juga diledak oleh Ollie Watkins.


11 minit kemudian, pemain Liverpool, Mohamed Salah, menjaringkan gol pada minit ke ke 33, sedikit sebanyak memberikan harapan untuk mengejar semula pihak lawan. 


Namun, gol itu tidak bertahan lama kerana pada minit ke 35, John McGin membuat skor berubah menjadi 3-1. 


Lebih parah lagi, Ollie Watkins semakin menggila kerana berjaya melakukan hat-trick dan skor 4-1 bertahan sehingga separuh masa pertama. 


Sudah tentu kekalahan di babak pertama dengan jumlah empat gol oleh pihak lawan membuatkan Klopp dan para pemain Liverpool berasa kecewa di atas tindakan 'kejam' Villa itu. 


Para pemain Liverpool masuk semula ke padang dengan harapan untuk menyamakan kedudukan di separuh masa kedua ternyata hancur lebur apabila mereka sekali lagi dibantai oleh Villa tanpa belas kasihan. 


Ini terbukti dari tiga gol yang dihasilkan oleh Aston Villa melalui Ross Barkley pada minit 55, Jack Grealish pada minit 66 dan mminit 75. Sedangkan Liverpool hanya mampu menambah satu gol pada minit 60 melalui Salah. 


Skor 7-2 bertahan sehingga habis perlawanan membuatkan Liverpool sangat kecewa, sementara Aston Villa pula masih berjaya mengekalkan momentum kemenangan di awal musim ini dan kini berada di kedudukan kedua di bawah Everton. 


Jurgen Klopp juga mengakui bahawa Aston Villa sememangnya bermain dengan baik serta memiliki pertahanan yang teguh. 


"Aston Villa bermain dengan sangat baik dengan pertahanan yang teguh. Pemain kami banyak melakukan kesilapan besar. Gol pertama yang tercipta begitu cepat membuatkan kami kehilangan arah," katanya. 


"Siapa yang jangka Liverpool tewas dengan skor 7-2? Ini sejarah yang amat memalukan," tambahnya lagi. 


Sumber: Agensi

No comments