Ku Li menghadap YDPA, Guan Eng & ketua parti lain dalam masa terdekat

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. 


Pembantunya kepada veteran UMNO itu bagaimanapun enggan mendedahkan agenda pertemuan tersebut dan hanya berkata, "Bila kata Tuanku panggil, menghadap sajalah. Insha-Allah".


Menurut laporan MalaysiaKini yang mendapat maklumat dari sumbernya berkata, perkara itu mungkin berkaitan dengan isu melibatkan jawatan perdana menteri. 


"Ku Li sudah bekerja secara senyap untuk jangka masa yang lama," katanya yang juga mendakwa Ku Li turut bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengenai perkara tersebut. 


Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadualkan menghadap YDPA esok, begitu juga dengan Presiden MIC, SA Vigneswaran, dalam masa terdekat. 


Sumber: MalaysiaKini

No comments