'Dia jual aiskrim, nak cium tangan budak perempuan' - Penjual aiskrim dibelasah kerana cabul remaja perempuan
Polis menahan seorang penjual aiskrim warganegara Pakistan kerana disyaki mencabul seorang remaja perempuan di Taman Seri Indah, Kepala Batas, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noot berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan oleh orang awam, sehari selepas kejadian itu berlaku pada 15 Oktober 2020.
Berdasarkan sumber, insiden yang menjijikkan itu berlaku pada jam 4.45 petang di mana remaja perempuan berusia 14 tahun itu bersama dengan adik perempuannya berusia 6 tahun membeli aiskrim daripada suspek di hadapan kediaman mereka.
Ketika mangsa sedang melihat aiskrim di dalam tong ais di motosikal, suspek secara tiba-tiba memegang bahunya membuatkan mangsa terkejut lalu berundur ke belakang.
Suspek dikatakan sekali lagi cuba berbuat demikian ketika mangsa mahu membayarnya di mana lelaki itu memegang tangan mangsa dan cuba menciumnya.
Takut dengan kejadian itu, mangsa dan adiknya terus berlari masuk ke kawasan rumah dan menutup pintu pagar.
Suspek masih berada di depan rumah dan menunjukkan wang sambil memanggil mangsa datang semula.
Takut dengan kejadian yang tidak diingini itu, mangsa terus menghubungi ibunya.
Kejadian itu juga disaksikan oleh jiran dan keesokan harinya suspek ditangkap pada jam 4.30 petang.
Polis yang tiba di lokasi mendapati, mangsa mengalami luka di bahagian mulut dipercayai akibat dipukul oleh orang awam.
Mangsa dibawa ke hospital dan pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Semakan mendapati, suspek tidak mempunyai dokumen penjalanan sah dan suspek juga akan membuat laporan polis kerana dipukul oleh orang awam, selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (2017) dan Akta Imigresen 1959.
Sumber: Sinar Harian
Post a Comment