'Dahlah miskin, perempuan Sabah macam muka j*****' - Biadab! Netizen kecam wanita hina negeri Sabah, siap lapor polis
Tak serik mencetuskan kontroversi, usahawan produk kecantikan sekali lagi viral di media sosial dan dituduh menghina rakyat Sabah secara terbuka.
Cik Non atau nama sebenarnya Nor Shahada Aisyah mengelar rakyat Sabah bodoh dan miskin kerana menyebabkan kes Covid-19 meningkat secara mendadak.
"Hello Sabah ini ke ole-oleh orang Sabah bagi dekat orang Semenanjung? B**** punya Sabah, menyusahkan Cik Non.
"Patutlah orang Sabah ini miskin, suka susahkan orang. Patut tak diambil peduli. Dahlah miskin, perempuan-perempuan Sabah semua muka macam jamban rumah Ciknon je.
"Patut korang kena beli produk Ciknon ni," tulisnya di Facebook sebelum dipadamkan selepas dikecam teruk oleh netizen.
Bagaimanapun, ada yang sempat screenshot status biadabnya itu lalu diviralkan di serata media sosial.
Disebabkan kebiadabannya itu, netizen mula menyerang semua akaun media sosialnya dengan melaporkan akaun itu kepada pihak pengendali laman tersebut agar akaun itu dinyahaktifkan terus.
Sementara itu, polis juga menerima satu laporan polis yang dibuat ke atas wanita itu.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan terhadap wanita itu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.
"Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan," katanya.
Sumber: Borneo 8888, Harian Metro
Post a Comment