'Covid-19 bukan bahan murahan politik, arahan kuarantin perlu dipatuhi' - Khairuddin memberi nasihat kepada netizen

Baru-baru ini, bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan segera mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di mahkamah kerana melanggar perintah kuarantin wajib. 


Umum tahu, isu berkaitan dengan Khairuddin sudah lama berlarutan dan merupakan liabiliti kepada pihak kerajaan. 


Tetapi hari ini, Khairuddin memuat naik status berikut di Facebooknya: 


"Covid-19 bukan bahan murahan politik. Ia musibah yang perlu ditangani bersama oleh seluruh rakyat. Tahniah pada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bertugas menangani situasi. 


"Patuhi SOP penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. Arahan kuarantin sama ada di rumah atau di pusat kuarantin apabila diarahkan oleh KKM perlu dipatuhi oleh semua. 


"Berdoalah agar pandemik ini berakhir segera. Berdoalah agar mereka yang positif segera sembuh. Bantu rakan dan jiran yang terjejas ekonomi akibat Covid-19," tulisnya. 


Bagaimanapun di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi.


Sumber: Facebook Khairuddin

No comments