BubbleBee tamatkan kerjasama dengan rakan yang disiasat SPRM kerana reputasi perniagaan terjejas teruk

Susulan rakan usahasama perniagaan produk minuman BubbleBee yang ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengeluar produk minuman berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama di antara mereka. 


Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman berkata, penamatan kerjasama itu berkuatkuasa serta-merta yang membabitkan empat cawangan Bubblebee di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang. 


Difahamkan, Bubblebee mpunyai 17 cawangan di seluruh negara dan dari jumlah itu, 11 cawangan adalah milik penuh Bubblebee, manakala enam lagi dibuka secara usahasama. 


Walaupun rakan usahasama yang juga ahli lembaga pengarah Bubblebee itu ditahan dan belum didapati bersalah, perkara itu telah memberikan kesan yang tidak baik kepada jenama Bubblebee. 


"Yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali. 


"Sehubungan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan semua rakan yang menguruskan empat cawangan Bubblebee itu," katanya. 


Operasi di empat cawangan itu juga dihentikan buat sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee. 


Sumber: Harian Metro

No comments