'Buat benda tak elok, kejap je tuhan tunjuk' - Netizen gesa kekayaan scammer ni dikembalikan kepada mangsa

Beberapa hari yang lalu, media melaporkan pelawak Shuib Sepahtu telah dipanggil untuk hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram. 


Kes itu juga membawa kepada penahanan beberapa individu termasuk selebriti dan individu berpangkat 'Datuk' kerana disyaki terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang itu. 


Siaran berita itu membawa kepada pendedahan yang lebih terperinci apabila ada beberapa pihak yang tampil mendakwa kes itu sebenarnya berkaitan dengan sindiket Macau Scam yang kerap berlaku di negara ini. 


MACAU SCAM? MENDE MACAU SCAM? TEMBAKAU BARU KE? 


Macau Scam merupakan satu sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdayakan mangsa dengan panggilan palsu sehingga menyebabkan mangsa dari pelbagai peringkat umur mengalami kerugian berjuta ringgit. 


Sindiket itu beroperasi dengan cara menyamar sebagai pegawai polis, anggota agensi kerajaan, pegawai bank dan banyak lagi yang didalangi oleh China. 


Sebagai contoh, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku dirinya sebagai pegawai mahkamah dan mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan haram seperti pengedaran dadah. Mangsa kemudian diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa. 


SHUIB DIPANGGIL KE SPRM PUTRAJAYA


1 Oktober 2020, Shuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram. Keesokan harinya, isteri Shuib iaitu Siti Sarah memaklumkan suaminya dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana enggan mengganggu siasatan SPRM. 


MEDIA MULA BERKAMPUNG DI MAHKAMAH


Sejak daripada itu, media mula mengikuti perkembangan kes tersebut di mana laporan awal menyatakan seramai lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam. 



Sumber Berita Harian mendedahkan, dalang utama sindiket itu dipercayai rakyat China yang menggunakan 'ejennya' di Malaysia untuk menguruskan 'pelaburan' termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform 'membersihkan' wang hasil penipuan.


Laporan Kosmo pada 2 Oktober, Datuk Seri dan isterinya dikatakan kerap menganjurkan parti bersama beberapa selebriti popular dan tanpa segan silu mempamerkan kehidupan mewah di media sosial.


Selain itu, individu yang sama dipercayai tauke judi orang dan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. Hasil kegiatan itu kemudian 'dicuci' dengan menjalankan perniagaan vape yang diusahakan seorang selebriti.


SPRM bagaimanapun sehingga kini masih belum mendedahkan sebarang kenyataan kepada media. 


LEBIH BANYAK PERKARA BERKAITAN DIBONGKAR


Susulan laporan itu, beberapa pihak mula tampil mendedahkan satu persatu aktiviti pasangan terbabit. 


Pengacara TV, Iesya Toh, melalui Instagramnya memuat naik kenyataan berikut: 


View this post on Instagram

Ouh dulu depa gertak u ke @viral_kini_ !! @pdrmsia_official tulus n amanah! Tak boleh dibeli! Jgn takut dgn depa ni! Clue sikit laaa.. time PKP semua org susah duduk umah, die enjoy party gile vavissss dgn Mendosa! Hari2 upload IGStory.. ramai DM Sya luahkan rasa kurang selesa.. Mereka jeles??? Ouh tak! Mereka rasa sedih dgn sikap selfish.. org lain ikut #StayAtHome, tunda Majlis nikah bagai.. die Party! Mmg hidup mewah yg ditayangkan.. akhirnyaaaa👏🏻 Yg rambut hitam tu baru beli francais dgn shuib. Sbb tu shuib dipgil sama.. duit depa ni katanya sebulan RM3juta🤪 bagus punya bisnes! Sya nak tgu sorang lagi kaki seludup tertgkap! Tu je😇 #HangKataHangTeraaa #Pirahhhhhhh Allah Maha Besar

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on


Sehingga kini, netizen masih menunggu perkembangan selanjutnya mengenai kes ini.


Sumber: Kosmo, Iesya Toh, AF Viral Empire

No comments