(Video) Isteri tercampak keluar selepas kereta dipandu suaminya (mabuk) terbabas


Seorang wanita di China bernasib baik kerana masih hidup setelah tercampak keluar dari kereta yang dipandu oleh suaminya dipercayai di bawah pengaruh alkohol. 

Mangsa tercampak dan melambung di udara sebelum terjatuh di pagar kayu berhampiran lokasi kejadian. 

Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan tidak mengalami kecederaan yang serius. 

Difahamkan kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu di bandar Kaili, wilayah Guizhou di mana kereta itu tersebut melanggar tebing jalan sebelum terbalik beberapa kali menyebabkan mangsa tercampak keluar. 

Pasangan itu dipercayai bertengkar sebelum berlaku kemalangan yang tidak dijangkakan itu.

Video rakaman 'dashcam' yang disiarkan stesen televisyen tempatan pula menunjukkan si suami menjerit di dalam kereta, "Kau ni apa? Berapa banyak duit yang bapak kau bagi aku?!" 



Sementara itu, Li Zhenglin, polis trafik dari Biro Keselamatan Awam Kaili berkata, pemandunya yang dikenali sebagai Pan, menjalani ujian pernafasan yang menunjukkan lelaki itu berada dalam keadaan mabuk. Ketika kejadian, si isteri pula tidak memakai tali pinggang keselamatan. 

"Mujur pagar itu pagar kayu dan rata di atasnya. Jika pagar itu adalah pagar besi dan tajam di hujungnya, mangsa mungkin mengalami kecederaan yang lebih teruk," katanya.

No comments