Polis cari lelaki tunjuk isyarat lucah terhadap jurujual


Susulan viral video seorang lelaki mengganggu dan melemparkan kata-kata berunsur perkauman terhadap seorang jurujual di pasar raya Giant Ampang baru-baru ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. 

Polis juga dalam usaha mengesan lelaki terbabit berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh netizen di media sosial. 

Berdasarkan video viral itu, Edi Rejang tidak berpuas hati dan mendakwa jurujual itu memberikan sampel arak 'tester'  kepada semua pengunjung pasar raya tersebut. 

Bagaimanapun, jurujual itu menafikan dan menegaskan dia hanya memberi sampel itu kepada pelanggan bukan beragama Islam. 


Enggan mendengar penjelasan itu, Edi terus mengasak jurujual itu sebelum meminta dia berbahasa Melayu kerana ini adalah bumi Melayu, serta menunjukkan tanda isyarat lucah. 

Sementara itu di media sosial, netizen berang dan menyelar tindakan lelaki terbabit yang didakwa memalukan dirinya sendiri serta secara tidak langsung mencemarkan imej bangsa dan agama. 

BERITA BERKAITAN: 

No comments