(9 Gambar) 'Setiap kali balik mesti lebam sana sini' - Pengasuh dera 2 beradik ditahan


Dua beradik perempuan mengalami luka dan kesan lebam penuh di muka dan badan dipercayai didera oleh pengasuh mereka sejak September lalu, lapor Harian Metro

Kejadian yang menimpa dua beradik berusia tiga dan satu tahun itu didedahkan oleh ibunya di Facebook di mana dia menyedari terdapat kesan lebam pada anaknya setiap kali menjemput mereka pulang dari rumah pengasuh. 


Apabila ditanya, pengasuh hanya memberikan alasan tidak menyedari kesan luka dan lebam itu selain memberi alasan dua beradik itu mungkin terjatuh ketika berada di bilik air. 

"Anak ada memaklumkan, anak pengasuh lain menolak adik (anak kedua mangsa). Mereka dimarahi pengasuh dan dipukul. Malah, bibir adik (anak kedua) berdarah selain kesan lebam seakan ditampar pada pipi serta kaki penuh dengan kesan birat dipercayai dirotan.


"Pengasuh memaklumkan kesan terbabit akibat jatuh buai. Malah, sebelum ini kakak (anak pertama) ada lebam seluruh badan selain muntah yang dikatakan berpunca makan makanan pedas," katanya.

Menurut ibu mangsa, kejadian itu berlaku bermula September hingga awal November. Namun ibu mangsa hanya membuat laporan polis selepas mendapati terdapat kesan lebam pada muka dan badan anaknya selain luka di bahagian bibir. 








Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan pengasuh terbabit di rumahnya di Desa Coalfields, Sungai Buloh pada jam 3.30 petang semalam untuk membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

No comments