Isteri maut disembelih suami kerana enggan lakukan hubungan intim
Gara-gara menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim, seorang wanita berusia 60 tahun maut disembelih suaminya dengan parang, lapor Detik News.
Dalam kejadian yang berlaku pada waktu subuh, di kediaman pasangan itu di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan, suspek berusia 80 tahun itu mengaku membunuh isterinya.
Menurut suspek, Andi Soto, yang dikatakan baru dirujuk kira-kira dua bulan lalu selepas bercerai setelah mendirikan rumah tangga selama 40 tahun, berakhir dengan tragedi kerana mangsa menolak untuk melakukan hubungan intim.
Berang ajakan ditolak, suspek terus mengambil parang dan menyembelih mangsa.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan suspek dan akan menjalani ujian kesihatan mental.
Andi didakwa di bawah PAsal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabit kesalahan.
Anak pasangan terbabit, Andi Asrul berkata, bapanya pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi dan berprasangka buruk terhadap orang lain.
"Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi bapa saya kadangkala berada dalam keadan normal dan baik," katanya.
Post a Comment