Datuk dakwa kaki cucunya bengkak dan melepuh gara-gara kecuaian pihak hospital


Seorang lelaki meluahkan rasa kesal dan mendakwa pihak Hospital Pulau Pinang telah melakukan kecuaian sehingga menyebabkan cucu sulungnya mengalami bengkak pada kaki.

Menurut Abdul Ghani, kaki cucunya juga menjadi hitam dan menggelembung dipercayai berpunca dari tindakan pihak hospital menambah darah melalui kaki kiri mangsa, dalam kejadian yang berlaku pada jam dua pagi tadi. 

Tidak puas hati dengan kejadian itu, Abdul Ghani memuat naik gambar-gambar kaki cucunya di Facebook. 


Berdasarkan kenyataannya di media sosial, Abdul Ghani berkata pengarah hospital telah berbincang dengan ibu bapa bayi itu pada jam 3 petang tadi di mana doktor dan jururawat saling menyalahkan antara satu sama lain. 

Ekoran dari kejadian itu, dotkor telah melakukan pembedahan segera untuk menyelamatkan bayi berkenaan. 

"Kecuaian pihak Hospital Pulau Pinang. Kes baby empat bulan (cucu saya yang sulung) tambah darah melalui kaki kira jam 2 pagi tadi. Pengarah hospital cuba berbincang dengan parent jam 3 petang. 

"Dah terjadi begini, doktor salahkan jururawat dan jururawat pula salahkan doktor di depan parent. Sampai jam 5 petang, doktor menjalankan pembedahan segera subuh tadi," tulisnya di Facebook yang juga meminta orang ramai viralkan perkara itu. 



Beliau juga mempersoalkan cara pihak hospital yang menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan sehingga menyebabkan cucunya  jadi seperti itu. 

"Kerja senang jadi susah kalau cuai. Nama jabatan tercemar dan jawatan doktor pun terpalit sama. Mangsa menanggung risiko jangka waktu panjang. 

"Hal undang-undang bukan cara penyelesaian sesuatu kes itu tetapi tanggungjawab serta amanah kena letak di depan," katanya dalam masa yang sama meminta orang ramai mendoakan cucunya cepat sembuh. 

No comments