Bayi 9 bulan dicabul dan dibunuh lelaki berhalusinasi


Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan polis kerana didakwa mencabul dan membunuh bayi berusia sembilan bulan, lapor Tribun News

Kejadian itu berlaku di Pekan Kota Baru, Bandar Ende, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, di mana perbuatan suspek terbongkar berdasarkan seluar dalam yang digunakannya untuk menutup badan mangsa. 

"Ketika melihat seluar dalam yang menutupi mayat mangsa, penduduk berkata seluar dalam itu selalu dipakai oleh suspek dan mereka meminta polis menyoal siasat lelaki terbabit dan ternyata suspek mengakui melakukan jenayah itu," kata Pegawai Penyiasat Ende Iptu Sujud Alif. 

Menurutnya, suspek nekad mencabul dan membunuh mangsa kerana mengalami halusinasi di mana suspek menyangka bayi itu adalah teman wanitanya bernama Lenta, 30. 

Sebelum kejadian itu, suspek yang dalam keadaan berhalusinasi pergi ke rumah mangsa dan membawa bayi itu keluar dan di saat itulah suspek melakukan pencabulan terhadap bayi terbabit. 

Iptu juga dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa suspek juga mengalami masalah gangguan jiwa dan bagi memastikan kesahihan itu, suspek akan menjalani pemeriksaan di Hospital Sakit Jiwa Naimata Kupang. 

No comments