Pelanggan terkejut restoran mamak caj 4 mangkuk kari kepala ikan RM600, bil hampir cecah RM1,000
Seorang lelaki yang membawa keluarganya makan di sebuah restoran mamak yang terkemuka di ibu kota terkejut apabila menerima bil makanan hampir mencecah RM1,000, hujung minggu lalu.
Pengadu, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed, 56, berkata, dia langsung tidak menyangka akan dikenakan harga sebanyak itu di restoran mamak di mana dia dikenakan caj RM600 bagi empat mangkuk kari kepala ikan merah.
Pengadu, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed, 56, berkata, dia langsung tidak menyangka akan dikenakan harga sebanyak itu di restoran mamak di mana dia dikenakan caj RM600 bagi empat mangkuk kari kepala ikan merah.
Jika dikira, harga bagi setiap kepala ikan itu adalah lebih kurang RM150 dan dicampur dengan caj bagi hidangan yang lain menjadikan keseluruhan amaun yang perlu dibayar adalah hampir RM1,000.
"Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak pergi lagi ke restoran itu. Anda semua, bila berhati-hati," tulisnya di Facebook semalam.
"Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tetapi terkejut bila tengok harga kepala ikan yang dikenakan.
"Saya meminta pekerja di kaunter itu beri penjelasan. Katanya harga yang dikenakan adalah mengikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antar RM120 dan RM150. Manakala bagi kepala ikan yang bersaiz kecil antara RM60 dan RM80," katanya.
Meskipun tidak berpuas hati dan merasakan harga yang dikenakan itu tidak berpatutan, Faudzy tetap membayarnya. Namun memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati apabila makan di kedai tersebut.
"Saya bayar sajalah, takkan tak bayar pula sebab dah makan. Tetapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena seperti kami.
"Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan. Lebih-lebih lagi di restoran mamak yang jarang menyediakan menu dan harga. Jadi anda perlu meminta menu terlebih dahulu terutamanya jika mahu makan kari kepala ikan," katanya.
REAKSI NETIZEN
"Kalau ada pelanggan nak makan kepala ikan, beritahulah jenis harga yang disediakan. Kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya. Pekerja perlu perjelaskan tanpa sekadar ambil tempahan semata-mata. Jadi, kalau orang nampak harga bila nak bayar tak ada lah terkejut,” katanya.
Sumber: mStar, Faudzy Asrafudeen
Post a Comment