Berang isteri bekerja untuk menyara keluarga, penganggur simbah asid ke muka isterinya


Seorang ibu kepada dua orang anak berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung pada meisn bantuan pernafasan selepas disimbah asid oleh suaminya. 

Dalam kejadian 3 November lalu, suaminya, Roobab Ali Sheikh, mengunci semua pintu rumah agar tiada sesiapa yang dapat masuk ke rumah sebelum menyimbah asid ke muka mangsa. 

"Saya menjerit kesakitan. Selepas 10 minit kemudian, barulah abang saya dapat masuk untuk membantu. Namun kesakitan terasa tidak tertanggung," kata Zakira. 

Difahamkan, Roobab sebelum ini bekerja sebagai pemandu beca bermotor. Namun Roobab enggan meneruskan pekerjaannya itu menyebabkan keluarga mereka tiada wang untuk menyara anak. 

Kesal melihat suaminya yang tidak bekerja, Zakira kemudian melakukan kerja sampingan membuat sabun dan menjualnya kedai-kedai berhampiran rumah. 

Malangnya tindakan Zakira itu menyebabkan suaminya berang kerana menganggap apa yang dilakukan oleh Zakira itu sebagai menghina dan menjatuhkan maruahnya.


Akibat dari tindakan bodoh suaminya itu, Zakira buta sebelah mata, manakala satu lagi matanya tmasih tidak dapat dibuka. 

Zakira yang kini dirawat di sebuah hospital di Mumbai, India, terpaksa bernafas melalui tiub yang ditebuk pada lehernya. 

Pertubuhan bukan kerajaan, Make Love Not Scars, telah menubuhkan tabung bagi membiayai rawatan mangsa, termasuk pembedahan yang dianggarkan berjumlah RM160,000. Setakat ini, NGO berkenaan telah mengumpul RM60,500 dan berharap dapat mengumpul selebihnya secepat mungkin. 

No comments