'Kau tahu dia suami orang, kenapa masih nak menggatal?!'
Hancur luluh hati isteri apabila mengetahui suaminya yang telah diberi peluang kedua, sekali lagi curang dengan wanita yang sama. Malah sebelum ini wanita terbabit juga meminta maaf, rupa-rupanya masih menyemai cinta dengan suaminya di belakang tanpa pengetahuan si isteri.
Sepatutnya wanita memahami perasaan sesama wanita. Ibarat cubit paha kiri, terasa di paha kanan. Malangnya janda anak enam ini sanggup mengkhianati kaumnya sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat.
SEMALAM ada kawan mengadu yang suami dia masih berhubung dengan seorang janda anak enam. Sebelum ini sudah pernah terkantoi, rupa-rupanya sekarang mereka masih berhubung siap ber-'B' dan 'Sayang' bagai. Mana maruah awak sebagai perempuan? Sudah tahu lelaki itu suami orang, kenapa nak menggatal lagi?
Lokasi kejadian di Johor dan difahamkan si suami telah melarikan diri. Kasihan si isteri, siang malam bekerja mencari duit untuk menyara hidup sebab gaji suami tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tetapi ini pula balasan yang diterima?
Kes pertama dulu sudah diberi peluang namun si suami mengulangi lagi perbuatannya. Screenshot perbualan mereka sebelum kantoi dulu lebih teruk, daring dan sampai nak berkahwin. Padahal mereka berdua baru saja kenal sebulan. Mak mertua dia tahu apa yang anak dia lakukan. Masa kes pertama dulu, mak mertua dia sendiri terkejut yang anak dia buat hal.
Masa kantoi dulu, siap bersumpah-sumpah insaf tak nak buat lagi. Sekarang dia mengulangi lagi perbuatannya dengan perempuan yang sama. Kalau si isteri lari dari rumah dengan anak-anak, nanti dikata derhaka pula.
Kalau perkara seperti ini berlaku pada saya, dah lama saya kemas barang dan balik ke rumah ibu bapa dan viralkan kedua-duanya biar jadi pengajaran yang tak dapat dilupakan.
Saya malas nak kaburkan nombor telefon janda anak enam itu, lantaklah, merenyam sangat kan? Gambar janda itu, gambar anak-anaknya, gambar loving si janda dengan suami rakan, gambar screentshot perbualan WhatsApp yang daring semua saya ada.
#AZIMbekassuamiJANDA
Saya masih simpan dan jangan sampai saya pula yang viralkan nanti (geram). Tetapi kawan saya kata dia tidak mahu mengaibkan suaminya. Baiknya hati awak wahai kawan. Kawan saya ini lembut sikit orangnya, masih menjaga aib suaminya sebab suaminya kerja sebagai penjawat awam.
Sumber: Emy
Post a Comment