'Bukan sorok, tetapi atas permintaan keluarga' - Fattah
Malam semalam, berita Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan secara tertutup di sebuah hotel di ibu kota, mengejutkan banyak pihak yang rata-rata tidak tahu mengenai perkara itu sehingga timbulnya dakwaan pasangan itu membelakangkan pihak media.
"Setahu saya, gambar dan siaran akhbar pernikahan kami diberikan kepada semua media. Hal itu kena tanya pihak pengurusan kerana Universal Music yang mengeluarkan siaran akhbar kepada media," katanya.
Fattah juga enggan mendedahkan alasan sebenar dia merahsiakan pernikahannya, sebaliknya hanya menjawab pernikahan secara tertutup itu di atas permintaan pihak keluarga.
"Memang kami sudah merancang untuk membuat majlis pernikahan secara tertutup. Sewaktu sidang media sebelum ini, saya sudah menjelaskan akan membuat dua resepsi berbeza untuk media, keluarga rapat dan peminat.
"Jadi saya rasa tiada isu kami enggan menjemput media," katanya yang juga menjelaskan perkahwinannya itu mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).
#kualalumpur PELAKON Fattah Amin menafikan mempermainkan media dengan menyorok pernikahannya atas alasan permintaan dari pihak keluarga.Layari https://t.co/Z05H46P47A https://t.co/qImIrZNxfW http://pic.twitter.com/fIShlKJX6T— Harian Metro (@hmetromy) November 28, 2017
Dalam pada itu, Fattah berkata akan ke London untuk penggambaran program travelog dan akan mengambil kesempatan di sana untuk berbulan madu.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment