Gara-gara percayakan kawan, pemilik rumah rugi RM2,550+
Hajat seorang tuan rumah nak memindahkan pendingin hawa ke bilik lain bertukar menjadi masalah besar apabila kenalan yang disangkakan mempunyai kemahiran dalam bidang kerja tersebut rupanya 'mahir menjahanamkan' rumah orang.
Ron Asraff, kesal dengan rakannya yang dikenali sejak zaman sekolah dulu menganiaya dan tidak mahu bertanggungjawab di atas kerosakan yang telah dilakukan.
"Pada mulanya saya meminta 'kawan' yang dikenali semasa di sekolah dulu, datang ke rumah untuk memindahkan aircond dari bilik belakang ke bilik tengah. Mulanya dia hanya tawarkan RM150 untuk servis ini, tetapi keesokan harinya dia naikkan ke RM280 pula.
"Disebabkan dia merupakan kenalan lama, saya bersetuju saja walaupun harganya mahal. Malangnya perkhidmatan yang diberikan sangat tidak memuaskan hati. Berikut antara servis yang dia buat:
- Tebuk lubang tapi tak ditutup semula
- Gunakan suis lama, sedangkan syarikat lain berikan yang baru
- Bilik yang baru dicat rosak teruk akibat cara kerja dia yang tidak profesional
- Pendawaian tidak teratur dan wayar tidak diletak dalam casing
- Aircond bocor
- Aircond tak sejuk
- Piping serupa babi buat kerja
"Dan yang paling malang, dia telah menjahanamkan bumbung rumah saya. Kos kerugian bagi menggantikan bumbung yang rosak hampir menelan kos RM550.
"Saya dah menghubungi dia semula dan dia telah berjanji akan berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi dia telah menyekat saya di WhatsApp.
"Kepada warga Ampang, Cheras dan yang berdekatan, jangan berurusan dengan lelaki ini atau korang akan menyesal di kemudian hari.
"Kepada pelakunya, awak mungkin akan baca status ini nanti. Saya cuma nak ingatkan bahawa Ampang ini kecil saja. Jangan sampai saya jumpa awak. Sebab bila saya jumpa awak, mungkin kaki awak patah saya kerjakan.
"Saya beri awak peluang dulu untuk menghidup udara segar buat masa ini. Tak lama lagi kita akan berjumpa ya 'kawan'. Nak tutup kes ini senang saja. Bayar RM550 duit bumbung dan aku tutup mata," katanya.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa memeriksa latar belakang dan maklumbalas pelanggan mengenai sesebuah perkhidmatan sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan sesebuah syarikat itu bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
"Biar mahal, asal hasilnya memuaskan hati"
Post a Comment